Pemain yang dikasihi,

Kami tahu anda telah melalui beberapa hari yang sukar, dan kami memohon maaf diatas kekhilafan. Jika anda mengikuti kemaskini halaman Facebook kami anda tahu yang kami mengalami masalah teknikal di pusat data kami yang disebabkan oleh perkakasan yang rosak (hardware). Kami mendengar khabar angin berkenaan hacking dan ransomware, jangan risau kerana tiada perkara seperti itu berlaku. Ianya adalah masalah fizikal.

Kami mahu menebus kesilapan tersebut dengan memberi hadiah kepada anda semua, mulai Jumaat, 26 Mei, kami akan memberikan pampasan kepada setiap domain dengan 5 emas dan 500 perak bagi setiap jam tempoh downtime tersebut. Bermaksud untuk komuniti anda kesemua pemain akan dikreditkan dengan 65 emas dan 6500 perak. Oleh kerana kami mempunyai lebih dari 250 pelayan maka kami memerlukan sedikit masa untuk menjalankan skrip. Mohon bersabar sementara kami mengemaskini dan kami akan memaklumkan kepada anda sejurus selepas ianya selesai.

Terima kasih diatas kesabaran anda.

Tulus ikhlas,
Pasukan Travian