Results 1 to 3 of 3

Thread: ROA x2 - Pengenalan

  1. #1
    Community Manager AdaM's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Posts
    380

    Default ROA x2 - Pengenalan

    2 kali kelajuan - 2 kali keseronokan!!

    Travian Games berbesar hati untuk memaklumkan kepada anda semua tentang pusingan kedua *Travian: Rise of Alliances*! Sekali lagi, kami mengundang anda ke dunia kuno untuk anda menjelajahi - diilhamkan daripada *peta asli Eropah*. Matlamat anda adalah mudah, tetapi sukar untuk dicapai: Kumpulkan teman-teman anda, bentuk persekutuan yang kuat dan mengepung wilayah, kawal * artefak kuat * yang akan memberi kejayaan pasukan anda dan menghasilkan *Mata Kemenangan*. Artefak lemah memberi anda lebih banyak poin daripada yang lebih kuat.

    Untuk memulakannya, kampung pertama anda dilengkapi dengan *sumber daya tingkat 10* dan segala sesuatu yang dapat anda bayangkan untuk membuat *dua kampung pertama dengan segera*. Pada awalnya, bagaimanapun, membuat kampung baru adalah *terbatas di daerah tengah*, menawarkan permainan serba cepat yang dinamis.


    Mengumpulkan dan berbagi sumber daya dengan aliansi anda memberi *bonus unik dan penting* yang akan membantu anda dalam *pertempuran mendebarkan* menakluki wilayah, kampung dan sumber daya!

    akan bersambung....

  2. #2
    Community Manager AdaM's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Posts
    380

    Default

    Name:  Announcement.jpg
Views: 178
Size:  29.3 KB


    Pendahuluan

    Lima perubahan besar pada Travian: Rise of Alliances adalah:
    • Penentuan akaun diwaktu pendaftaran
    • Kemampuan untuk menyumbangkan sumber daya bagi bonus persekutuan
    • Cara kerja perlindungan pushing
    • Cara mata pertahanan dikira
    • Pembuangan kartel ahli kimia

    Didasarkan pada Travian: Scattered Empire
    Travian: Rise of Alliances diilhamkan dari Travian: Scattered Empire, sehingga pembahagian artifak, penerusan pasukan, dan penggabungan pasukan masih tetap merupakan sebahagian dari edisi khusus tahun ini. Namun, kartel ahli kimia telah dibuang dari permainan.

    Wira di 2x Travian: Rise of Alliances
    Meskipun Wira tidak memiliki item atau pengembaraan dalam Travian: Rise of Alliances, kami telah memutuskan untuk mengaktifkan keduanya kembali untuk pelayan berkelajuan 2x mulai pertengahan Februari berdasarkan maklumbalas dari komuniti. Ini bermaksud bahawa lelongan juga akan disediakan kembali.

    Bermula cepat
    Apabila pemain mendaftar, mereka akan bermula dengan semua sumber daya pada tahap 10 dan enam peneroka. Pemain memiliki cukup Mata budaya untuk mengasaskan dua kampung tambahan sejak dari mula dan mereka tidak perlu menaikkan residen atau istana di kampung pertama mereka. Peneroka tidak dapat digunakan untuk mengasaskan kampung 9 cropper atau 15 cropper sehingga kampung ketiga.

    Bonus Persekutuan
    Pemain mempunyai kemampuan untuk menyumbangkan sumber daya ke persekutuan untuk mendapatkan bonus tertentu, seperti produksi Mata budaya yang lebih besar, produksi pasukan yang lebih cepat, bonus kekuatan senjata, serta bonus pada kapasiti yang boleh dibawa pedagang. Jumlah sumber daya yang dapat pemain sumbangkan terbatas dan direset pada setiap hari. Pemain dapat membelanjakan Emas untuk melipattigakan ukuran sumbangan mereka dengan membayarkan jumlah sumber daya yang sama. Had harian yang dimiliki pemain tidak dapat ditambah dengan membelanjakan Emas.

    Perlindungan Pushing
    Kerana bermula cepat bermaksud sumber daya yang jauh lebih banyak, kami harus memikirkan kembali perlindungan pushing. Versi revision berfungsi dengan basis per kampung dan menghadkan jumlah sumber daya yang dapat dicuri atau dipindahkan sehingga 20% dari produksi harian kampung.

    Perhitungan Mata Pertahanan
    Mata pertahanan untuk 10 pemain pembela teratas biasanya diberikan kepada pemilik kampung yang bertahan, walaupun sebahagian besar dari unit bertahan ini berasal dari pemain yang berbeza. Hal ini telah diubah sehingga mata pertahanan dibahagi di antara semua pemain yang bertahan berdasarkan unit bertahan yang dihantarkan.

  3. #3
    Community Manager AdaM's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Posts
    380

    Default

    Pelayan Baru My20!!! 2x ROA

    Pemain yang dikasihi,

    Pelayan yang anda nanti-nantikan telah tiba, pelayan baru My20 ROA berkelajuan 2x speed akan dilancarkan pada hari Isnin 6 Mac, 2017 jam 8.00 malam GMT +8.


Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •