Results 1 to 1 of 1

Thread: [Panduan] Artifak

  1. #1
    Faris Azri's Avatar
    Join Date
    Jan 2010
    Location
    Malacca, Malaysia
    Posts
    331

    Default [Panduan] Artifak

    Panduan adalah sebahagian dari forum.travian.in. Terima kasih kepada quaterbacker yang telah membuat panduan ini.

    Fakta Artifak




    Pengenalan
    Artifak adalah ciri baru yang diperkenalkan di T3.5 dengan tujuan untuk menambahkan beberapa kegiatan di pertengahan permainan. Jika ia tidak diperkenalkan, permainan akan menjadi membosankan di mana pemain perlu menunggu 300 hari untuk Natar.
    Ini serupa dengan pelan pembinaan (Construction Plan) Dunia Keajaiban (WW) dalam segala bidang, selain fakta bahawa pelan pembinaan membolehkan anda membina WW. Artifak ini, bagaimanapun, memberikan beberapa kemampuan bonus pada kampung atau akaun anda, bergantung pada jenis artifak.

    • Artifak Kecil
      Artifak memberi kesan hanya di kampung mana ia diletakkan.
      Syarat-syarat: Tahap 10 Perbendaharaan.
    • Artifak Besar
      Artifak memberi kesan di semua kampung.
      Syarat-syarat: Tahap 20 Perbendaharaan.
    • Artifak Unik
      Artifak memberi kesan di semua kampung. Tetapi dengan bonus tambahan.
      Tiada artifak unik untuk artifak Penyimpan Utama.
      Syarat-syarat: Tahap 20 Perbendaharaan.


    Bagaimana untuk mendapatkan artifak?

    Untuk memiliki atau mencuri artifak yang diperlukan, anda perlu memusnahkan bangunan Perbendaharaan yang menyimpan artifak terbabit sehingga ke tahap 0 dengan melancarkan serangan normal dari kampung anda yang mempunyai bangunan Perbendaharaan (tahap yang mencukupi). Serangan yang dibuat mestilah merupakan serangan yang berjaya (sekurang - kurangnya wira terselamat dalam serangan). Dalam versi Travian T3, Wira mestilah menyertai serangan tersebut dan mestilah terselamat untuk menjajah pelan pembinaan atau artifak. Setelah artifak diambil, ia akan mengambil masa 24 jam untuk mula berfungsi.

    Jenis-Jenis Artifak

    • Rahsia Arkitek

      Kecil (Kampung) - Bangunan dan tembok 4x lebih kukuh
      Besar (Akaun) - Bangunan dan tembok 3x lebih kukuh
      Unik (Akaun) - Bangunan dan tembok 5x lebih kukuh
    • But Berkuasa

      Kecil (Kampung) - Askar 2x lebih cepat
      Besar (Akaun) - Askar 1.5x lebih cepat
      Unik (Akaun) - Askar 3x lebih cepat
    • Mata Helang

      Kecil (Kampung) - Peninjau 5x lebih kuat dari biasa, dapat mengetahui askar apa yang menyerang tetapi bukan jumlahnya
      Besar (Akaun) - Peninjau 3x lebih kuat dari biasa, dapat mengetahui askar apa yang menyerang tetapi bukan jumlahnya
      Unik (Akaun) - Peninjau 10x lebih kuat dari biasa, dapat mengetahui askar apa yang menyerang tetapi bukan jumlahnya


    • Kawalan Diet

      Kecil (Kampung) - Penggunaan tanaman oleh askar anda dan askar bantuan yang berada dalam kampung dikurangkan 1/2.
      Besar (Akaun) - Penggunaan tanaman oleh askar anda dan askar bantuan yang berada dalam kampung dikurangkan 1/4.
      Unik (Akaun) - Penggunaan tanaman oleh askar anda dan askar bantuan yang berada dalam kampung dikurangkan 1/2.
    • Pelatih Berbakat

      Kecil (Kampung) - Mengurangkan masa latihan di bengkel, kandang kuda dan berek pada 1/2
      Besar (Akaun) - Mengurangkan masa latihan di bengkel, kandang kuda dan berek pada 1/4.
      Unik (Akaun) - Mengurangkan masa latihan di bengkel, kandang kuda dan berek pada 1/2.
    • Penyimpan Utama

      Kecil (Kampung) - Membenarkan anda membina gudang dan jelapang besar.
      Besar (Akaun) - Membenarkan anda membina gudang dan jelapang besar.
    • Pengeliru Musuh

      Kecil (Kampung) - Meningkatkan kapasiti gua pada 200x ganda. Tarbil hanya boleh menembak secara rawak (kecuali perbandaharaan dan WW) pada kampung-kampung yang mempunyai kesan artifak.
      Besar (Akaun) - Meningkatkan kapasiti gua pada 100x ganda. Tarbil hanya boleh menembak secara rawak (kecuali perbandaharaan dan WW) pada kampung-kampung yang mempunyai kesan artifak.
      Unik (Akaun) - Meningkatkan kapasiti gua pada 500x ganda. Tarbil hanya boleh menembak secara rawak (kecuali WW) pada kampung-kampung yang mempunyai kesan artifak.


    • Artifak Durjana

      Artifak ini boleh menukarkan kuasa atau kelebihannya kepada jenis-jenis artifak tersebut;
      1. Rahsia Arkitek
      2. But Berkuasa
      3. Mata Helang
      4. Kawalan Diet
      5. Pelatih Berbakat
      6. Pengeliru Musuh

      Bukan Unik - Artifak ini menukar kuasa atau kelebihannya setiap 24 jam. Mempunyai kesan positive dan negatif.
      Unik - Artifak ini menukar kuasa atau kelebihannya setiap 24 jam. Mempunyai kesan positif sahaja.



    Maklumat Tambahan Tentang Artifak

    1. Setelah satu bulan artifak muncul, setiap artifak yang masih berada di kampung Natar akan menjadi aktif.

    2. Kampung yang mempunyai artifak tidak akan hilang jika ditarbil sehingga ke sifar penduduk. Oleh itu, kampung masih boleh dibina semula dan pemilikan artifak akan kekal. Untuk menghancurkan sebuah kampung yang mempunyai artifak, anda perlu mengambil artifak itu dahulu.

    3. Pemain yang mempunyai artifak boleh dibekalkan dengan tanaman yang tidak terhad, termasuk penjaga akaun (sitter) dan pengguna pc yang sama.

    4. Jika pemain yang mempunyai artifak memadamkan akaunnya, artifak juga turut hilang. Namun, ia boleh dikembalikan di sebuah kampung baru natar oleh admin atau juruteknik permainan.

    5. Artifak tersebar di atas peta. Namun, tujuh artifak unik akan ditempatkan berdekatan (0|0)

    6. Semua artifak akan muncul pada masa yang sama dalam 120-180 hari dari permulaan pelayan.

    7. Jumlah pasukan di sebuah kampung artifak bergantung pada saiz 100 tentera pemain terbesar di dalam pelayan. Kampung artifak yang unik akan mempunyai tentera yang lebih banyak dari tentera kampung artifak besar, dan tentera kampung artifak besar akan mempunyai lebih banyak tentera dari kampung artifak kecil.

    8. Seorang pemain hanya boleh menampung sehingga tiga artifak. Jika dia mempunyai lebih daripada tiga, artifak ke-4 dan seterusnya tidak akan aktif.
    Last edited by Sanji; 12-05-2010 at 09:52 PM.

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •